Powered By Blogger

Saturday, 9 November 2013

ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU (CMPA)

sumber:Google
Niat untuk fully breastfeed tidak tercapai,memang sedih. Tapi lagi sedih bila tengok anak menangis lapar. Umi dia pun ikut menangis.Selepas habis cuti bersalin, kami balik ke kl.Bermula episod kembung. Boleh dikatakan setiap malam hud kembung. Macam-macam cara dicuba,Hud masih kembung. Setiap kali selepas mandi,minyak telon tak pernah dilupa,2 kali sehari perut dan kawasan ari-ari dituam tapi Hud masih kembung. Gripe water,ubat kembung,minyak celak sentiasa berada dekat dengan hud. Semasa 4 bulan, saya mendapat surat berkursus CPD di Melaka. Hud dibawa ditemani oleh mak saya. Seminggu di hotel,tidur Hud tidak lena. Setiap malam Hud menangis. Saya menganggap itu normal 'sebab sampai tempat baru kot'. Balik dari Melaka baru saya perasan badan Hud dipenuhi bintik-bintik merah. Terus pergi TDMC berjumpa child specialist. Hud disyaki alah kepada susu lembu (CMPA cows milk protein allergy) dan habuk. Balik rumah terus buat sesi gotong royong. Semua toto,selimut,sarung bantal hud dibasuh,dijemur tengah panas. Dan yang paling bestnya, disebabkan hud alahan kepada susu lembu, saya bersemangat untuk mengepam susu. Mungkin kalau badan hud tak naik merah-merah lama-kelamaan saya berhenti pam. Tapi sebab ada alahan ni umi mesti cari jugak masa terluang di celah-celah kesibukan mengajar untuk sesi mengepam. Dah panjang nau entry ni,next entry cerita pasal pam pulak.

Wajah kesayangan hamba

1 comment:

  1. CASINO GIVES US $30,000 IN IN FREE BETS TO PLAY
    Casino-inspired 순천 출장안마 table games and slots 화성 출장마사지 have been downloaded over 17 million 이천 출장마사지 times since the 안양 출장안마 start 서울특별 출장안마 of the online gambling boom. Casino-inspired

    ReplyDelete