Powered By Blogger

Monday, 11 November 2013

REVIEW PAM SUSU

Anak tak mencecah setahun lagi tapi pam susu dah tiga. Sebelum bersalin memang dah tanam azam nak menyusu anak fully breastfeed. Tapi rezeki Allah yang tentukan. Saya mengalami masalah kekurangan susu di awal kelahiran Hud. Tak pelah sambung cerita pasal pam.

Pam sulung

Pam yang pertama jenama Pureen manual. Pam ni memang jenis old school abis. Rasa macam pam tayar basikal pun ada. Murah je, tak sampai RM30. Suction ok,tapi larat ke nak mengepam?lenguh tangan nak dapat 2oz pun. Pam ni tak boleh pam banyak-banyak. Sampai 3 oz susu yang dah dipam macam nak tumpah dari balang simpan tu. Cara cuci senang je, sebab part sikit. Senang untuk dipasang dan dibuka. Rasanya pam ni sesuai untuk ibu-ibu yang ada banyak susu. Sekarang pam ni selamat disimpan dalam kabinet.

Pam kedua




Pam yang kedua jenama Japlo. Pam ni ala-ala pam Anakku. Design,warna memang sama sebijik. Tak tau la sapa tiru sapa. Japlo ni barang buatan Jepun. Pam Japlo boleh guna elektrik atau bateri. Tapi pam yang saya beli ni kalau pasang bateri tak jalan pun. Mula-mula pakai pam ni sangat excited. Sebab anggapan pakai pam elektrik hasil perahan meningkat. Pam ni ada level suction dari low ke high. Kalau pakai suction low macam tak rasa apa. So,sikit-sikit adjust suction ke level high. Ada satu button untuk release tekanan. Kalau rasa sakit cepat-cepat tekan button tu. Ada satu hari dekat sekolah sangat kelam kabut. Tapi tak nak miss mengepam. So duduk je trus pusing suction level high. Mula pam dari breast kanan. Dalam 5 minit kot,tiba-tiba Cik N sebelah kanan sakit semacam. Rupa-rupanya dah bengkak dah Cik N. Terus berhenti pam. Dalam hati 'kejap lagi okay la tu' sebab lepas pam guna pam ni memang Cik N akan bengkak. Bengkak besar atau kecil bergantung kepada level suction dan juga lama sesi mengepam. Balik dari kerja, macam biasa direct breastfeed dengan Hud. Cik N dah tak bengkak tapi bila Hud nak breastfeed sakitnya....macam nak jerit. Bukan nak jerit,dah jerit pun. Rupa-rupanya Cik N tersiat kulit...boleh bayang tak sakit macam mana?malam tu direct feed sebelah ja. Lagi sebelah buat mermet,tapi memang tak kosong pun,sebab lenguh nak mermet. Esok pagi bangun je rasa bengkak sebelah kanan. Buat mermet pun tak jalan juga. Rasa nak menangis ni sebab sakit. Tak fikir panjang dah, siapkan hud, terus pergi kedai BB Store Kuchai Lama. Nak beli pam baru. Pam Japlo ni masih digunapakai,kadang-kadang je bila lupa fobia tersiat kulit. Pam ni senang nak dipasang tapi susah sikit nak dibuka dari enjin. Nak selamat, buka botol susu dulu baru tarik keluar dari enjin pam. Lagi satu leceh sebab nak kena cari plug elektrik.

Pam bongsu, In Shaa Allah

Pam yang ketiga manual The First Year. Masih digunakan ketika entry ini ditulis. Suction ok,memang confirm tak sakit. Nak pasang senang, nak buka senang, nak cuci pun senang sebab part sikit ja. Yang penting pastikan semua part dipasang dengan betul. Kalau ada part yang tak dipasang dengan ketat,suction tak berkesan. Memang puas hati la setakat ni pakai pam manual ni. Berbaloi dengan harga. Waktu saya beli ada promotion..harga dalam RM80++. Dapat free 2 milk storage bag

Keberkesanan mengepam susu tidak bergantung kepada jenis pam, harga pam tetapi sangat-sangat-sangat bergantung kepada kekerapan pam,ha nampak tak betapa penting kekerapan pam sampai 3 kali ulang sangat....mula-mula memang tak nampak hasil,lama-kelamaan akan nampak pertambahan hasil pam. Yang penting jangan mudah putus asa, keep on pumping mommies!!

2 comments:

  1. Sy baru beli pam japlo mcm awak punya tu... Rm198. High level ke medium ke tetap slow n lembap.. Lambat sgt kuar hasil. Japlo pam keTiga saya. Pam pertama malish aria manual (lenguh nk pam manual ni), kedua malish aria letrik (ni berkesan dan cepat hasilnya).

    Saya xtau mcm mana awak guna pam japlo yg susah nk kuarkan hasil dengan cepat.. Too slow flow out...
    Mood kecewa mcm ni sbb habiskan sebahagian duit beli pam japlo jenis tu.

    ReplyDelete
  2. Sy baru beli pam japlo mcm awak punya tu... Rm198. High level ke medium ke tetap slow n lembap.. Lambat sgt kuar hasil. Japlo pam keTiga saya. Pam pertama malish aria manual (lenguh nk pam manual ni), kedua malish aria letrik (ni berkesan dan cepat hasilnya).

    Saya xtau mcm mana awak guna pam japlo yg susah nk kuarkan hasil dengan cepat.. Too slow flow out...
    Mood kecewa mcm ni sbb habiskan sebahagian duit beli pam japlo jenis tu.

    ReplyDelete