Powered By Blogger

Saturday, 18 October 2014

Mudahnya menjemput rezeki

Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) Buku Mini
Buku ni aku tak beli pun,terjumpa dalam handbag mak waktu anak aku 'mengemas'. First impression buku ni cantik. Ntah,aku nampak macam menarik je cover buku ni, clean, sleek, straight to the point. Tapi dalam hati ada jugak terdetik, oh another financial book (cakap omputih dalam hati je,kat luar tak cakap) agak skeptikal di situ.
Tapi bila start baca memang tak boleh berhenti. Ayat yang dia guna macam tengah cakap face to face. Dekat setengah jam juga aku baca,sedar-sedar anak aku dah 'kemaskan' satu rumah. Buku mini ni dah diulang cetak 14 kali oi. Kalah buku teks sekolah
Overall, buku ni banyak menekankan amalan yang sudah terang-terang Allah dah suruh dalam Al Quran, bersolat,bersedekah,berbuat baik dengan ibu bapa, kita ja yang selalu lupa, kadang-kadang je ingat. Menariknya penulis banyak kaitkan dengan pengalaman hidup yang sedikit sebanyak kita pun ada terkena tempiasnya. Itu yang buatkan kita semakin seronok nak baca dan habiskan buku ni. Bab yang paling menarik minat aku STRATEGI MELUNASKAN HUTANG. Memang kena sangat dengan situasi aku sekarang. Aku rasa masa sekarang hampir mustahil untuk tidak berhutang. Strategi yang dia guna 'mesra' untuk diikuti, as long kita ada azam,istiqamah. Nak tau lebih lagi boleh blogwalking www.mohdzulkifli.com
Di page belakang ada satu borang Sistem Sedekah RM 1 yang bagi aku sangat praktikal. Kadang-kadang kita terlupa bila kali terakhir bersedekah. Eh,rasa macam semalam dah bagi sedekah, padahal itu cerita sedekah tahun lepas. Pernah tak jadi macam tu? Jadi sistem ni macam reminder untuk kita keep up sedekah. Lama-lama jadi tabiat insyaAllah dah tak payah tik-tik kat borang dah

Monday, 13 October 2014

Review breadmaker empress cosway


Aku dah beli breadmaker ni dah sebulan,dan dah guna lebih 10 kali. So far puas hati,kualiti setanding dengan harga. Harga untuk ahli RM299. Dalam kotak dapat breadmaker, buku resepi, cawan penyukat dan sudu penyukat. Tapi aku tak guna pun buku resepi sebab dia sukat guna kilo. Aku tak da penimbang so, aku google resepi yang pakai sukatan cawan,senang keja. So far, mode yang aku selalu guna sweet sebabnya roti tak terbakar sampai garing. Kalau pakai basic, kulit roti macam keras sikit. Tapi bergantung kepada pembuat roti mana yang korang suka.

Review
1. Air mesti tepat,kalau terlebih, roti akan mendap. Kalau terkurang,roti jadi keras. Paling senang guna resepi ni
3 cawan tepung
3/4 air suam
1biji telur gred A (kalau pakai gred lain,tambah sikit lagi air)
2 sudu kecil yis (bancuh dengan sesudu gula,air ambil dari 3/4 air suam,kalau tak air jadi telebih)
2@3 sudu besar minyak (aku guna olive oil)
5@6 sudu besar gula (aku pakai gula perang)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung (optional)

2. Masukkan cecair, baru masukkan tepung

3. Tempatkan yis dan garam jauh-jauh. Means kalau yis letak kanan, garam letak kiri. Gula kena geng dengan yis, baru yis jadi aktif

4. Kalau nak kreatif, still guna resepi kat atas then tambah la serbuk coklat,kismis,coklat
chips untuk nampak meriah sikit. Kalau tak roti nampak plain sangat

5. Wajib pakai tepung roti, kalau pakai tepung gandum roti jadi tak cantik,rasa pun kurang sedap. Tepung roti boleh cari kat bakery, harga 1 kg RM3. Selalu 1 kg boleh masak sampai 3 kali.

6. Lepas dah uli semua,stage last bake. Selalu sebelum bake aku akan keluarkan dulu pengisar kat dalam. Tp optional,kalau tak nak keluarkan pun tak apa,tak jejas apa pun, cuma bawah roti jadi tak cantik sikit la

*Review atas untuk pengguna breadmaker cosway,kalau breadmaker lain tak terjamin kemenjadiannya.

Sunday, 12 October 2014

Salam minyak naik 20sen

Tips berjimat untuk orang makan gaji

Sebenarnya tips yang aku nak kongsikan ni bukan untuk orang yang makan gaji ja,untuk orang kerja swasta dan kerja sendiri pun boleh. Tips-tips yang aku bagi ni memang berdasarkan pengalaman aku sendiri

1. Asingkan wang mengikut kategori perbelanjaan
Masuk je gaji,pertama sekali asingkan duit untuk simpanan. Lagi bagus kalau terus potong gaji untuk masuk akaun simpanan. Macam aku memang dah potong gaji untuk simpanan Tabung Haji. Yang kedua setle bil-bil. Yang lebih baru boleh belanja. Nak belanja pun kena bajet siap-siap takut overbudget. Oh ya,akaun simpanan tu jangan dok pikir bila la aku nak keluarkan duit. Jangan sesekali keluarkan wang simpanan untuk tujuan berpoya-poya ok. Simpan untuk masa depan

2. Simpan sikit-sikit untuk tujuan big purchase
Contohnya ada satu bulan tu,aku teringin sangat nak beli breadmaker. Harga dalam RM300. Kalau ikutkan masih mampu nak beli on the spot tapi aku pilih untuk simpan duit dulu. Bulan ni simpan RM150,bulan depan simpan lagi RM150. Cara ni sekiranya barang yang nak dibeli mahal atau tak cukup duit. Alah tak hilang pun breadmaker tu kat kedai (ayat pujuk diri sendiri)

3. Beli barang secara pukal/bulk
Barang yang aku beli secara pukal contohnya pampers,susu anak,kicap,susu pekat,kotex,hihi. Ala,benda-benda yang tahan lama la. Kalau sayur,ayam,lauk pauk memang la tak boleh,karang buat busuk dalam peti je. Rasional beli secara pukal ni,boleh jimatkan masa dan tenaga nak pergi kedai. Kalau pampers sekali beli aku borong 4 beg terus. Kalau bernasib baik boleh tahan sampai 2 bulan. Kalau tak sampai sebulan setengah je. Dah jimat masa di situ daripada kena beli tiap-tiap bulan atau tiap-tiap minggu

4. Makan di rumah
Yang ini atas individu. Kalau jenis yang tak kisah makan apa pun boleh ikut cara aku. Aku makan nasi goreng pecah telur pun jalan. Paling-paling koman buat cekodok bawang. Abis sekilo tepung weh,sodap. Kalau weekday, aku breakfast kat rumah siap-siap,milo cicah biskut je. Lunch makn tempat kerja. Balik karang ulang menu breakfast. Kalau rajin baru masak,hehe. Kalau boleh bawak bekal lunch lagi baguih. Tapi bagi aku waktu lunch la masa aku nak bersosial dengan kawan sekerja. Waktu lunch jangan la ambik lauk yang mahal macam ketam 2 ekor,sotong 5 ekor. Berpada-pada la. Seeloknya bajet RM5 untuk lunch.
Weekend pun jarang sangat aku makan luar. Kalau nak makan steak ke, chicken cop ke, ikan stim ke,selagi benda tu boleh dimasak di rumah,aku akan try. Ala, apa susah,tanya  ja menu kt mr google,bederet keluar menu.

5. Advance budget
Lagi dua bulan adik-adik aku nak balik cuti kat rumah. Bukan senang nak kumpul semua serentak. So time macam ni la aku akan plan special event. Aku plan nak bawa family aku g lunch buffet kat hotel. Aku dah survey hotel mana yang paling best pakejnya. Termasuk harga,tahap kesedapan,jarak dari rumah dan etc. Nampak betapa advance aku plan,lagi 2 bulan kot. Contoh lain aku plan nak g turki next year. So aku dah berkira at least kena simpan RM10k baru sedap berjalan. Mulai dari sekarang aku dah berdikit-dikit simpan duit. Bab-bab hotel,makanan,visa semua aku dah survey,tinggal nak telefon/emel confirm je.

Tu je kot yang aku amalkan. Jangan la jadi kedekut sangat dengan diri sendiri sampai nak beli bedak pun tak nak...enjoy life sometimes and make some memory to be remember. Paling aku ingat kata-kata Ustaz Ismail Kamus,duit yang betul-betul milik kita adalah duit yang kita sedekah. Means duit dalam bank sekalipun belum tentu milik kita.
Peace yo XOXO